Twitter Menamatkan Vine – Aplikasi Video Pendek Popular

Twitter Menamatkan Vine – Aplikasi Video Pendek Popular

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Pada 2012 lepas, Twitter telah mengambil-alih perkhidmatan perkongsian video pendek popular, Vine. Ketika pengenalan, ia terkenal kerana mengehadkan perkongsian video kepada hanya 6 saat, sekaligus meningkatkan kadar kreativiti pengguna.

Kini, selepas beberapa tahun sejak mengambil-alihnya, Twitter mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan aplikasi mudah-alih Vine dalam beberapa bulan akan datang.

Kandungan Vine akan boleh dimuat-turun oleh pemilik, dan web akan terus dikekalkan seperti biasa bagi membolehkan anda menonton koleksi Vine dengan mudah. Tetapi Twitter tidak memberitahu berapa lama ia akan terus berada atas-talian.

Populariti Vine sendiri kian merudum sejak akhir-akhir ini, apatah lagi dengan Twitter sendiri memudahkan perkongsian video pada platform mereka – selain akses internet lebih pantas membuatkan pengguna berkongsi video lebih panjang ke YouTube dan Facebook.

Pengumuman daripada Twitter ini turut hadir selepas mereka mengumumkan bakal menghentikan lebih kurang 350 pekerja mereka.


TIPS & ULASAN