Apple Mengumumkan Aplikasi TV Untuk Apple TV Dan iOS

Apple Mengumumkan Aplikasi TV Untuk Apple TV Dan iOS

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Apple hari ini selain memperkenalkan MacBook Pro baru, turut telah mengumumkan sebuah aplikasi baru yang ingin memberikan pengalaman menonton kandungan video yang selari pada pelbagai peranti, disamping memudahkan pengguna mengikuti kandungan yang ditonton dan diminati mereka pada bila-bila masa.

Apple TV App

Apple TV App

Dinamakan sebagai TV, aplikasi ini kelak akan ditawarkan untuk Apple TV dan juga peranti iOS. Melalui aplikasi TV ini, ia memperlihatkan kandungan daripada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan lain – sekaligus menjadikannya sebagai pusat sehenti untuk pengguna mengikuti pelbagai kandungan video. Apabila pengguna membuka sesuatu video atau filem, ia akan membuka aplikasi yang berkaitan.

Aplikasi ini akan ditawarkan untuk dimuat-turun oleh pengguna di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini. Ia tidak diketahui lagi mengenai penawaran untuk pasaran lain, memandangkan penawaran beberapa perkhidmatan kadang-kala adalah berbeza.

Apple TV App


TIPS & ULASAN