Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk keluarga komputer riba mereka, dan turut hadir dengan komputer riba MacBook Pro yang menyertakan sedikit perubahan pada bahagian papan kekunci dengan penyertaan Touch Bar.

Melalui Touch Bar, ia memberikan sokongan untuk pengguna mengakses sebuah panel sentuh yang berubah-ubah konteksnya mengikut aplikasi dan perisian yang dibuka – selain mengikut tetapan pengguna. Pada masa yang sama, Apple turut menyertakan Touch ID pada komputer riba baru mereka ini.

MacBook Pro

Lanjutan daripadanya, kini Apple turut telah menyenaraikan penawaran MacBook Pro baru ini untuk pasaran tempatan.

Model 13-inci dengan ruangan storan 256GB ditawarkan pada harga RM7599, sementara dengan 512GB pula ditawarkan pada harga RM8399. Spesifikasi lain adalah serupa untuk model 13-inci, termasuk penggunaan cip Intel Core i5, memori sehingga 8GB, Iris Graphics 550, empat port Thunderbolt 3.

Harga MacBook Pro

Untuk model 15-inci pula, versi 256GB ditawarkan pada harga RM10,199 sementara model dengan storan 512GB pula ditawarkan pada harga RM11,999. Penawaran spesifikasi lain adalah termasuk cip Intel Core i7, memori 16GB RAM, kad grafik Radeon Pro 450, dan empat port Thunderbolt 3.

Harga MacBook Pro

Melalui laman Apple Store Malaysia, mereka melabelkannya akan dihantar kepada pengguna dalam masa antara enam ke lapan minggu. Selain model Touch Bar, model MacBook Pro biasa turut ditawarkan pada harga bermula RM6299 untuk versi 13-inci, dan RM8499 untuk model 15-inci.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd