Cari @ Amanz

Pada acara pengumuman MacBook Air hari ini, secara tidak langsung, Apple seperti telah membunuh keluarga komputer riba MacBook Air, dan hanya memfokuskan kepada penawaran komputer riba MacBook dan juga MacBook Pro sahaja.

MacBook

Model 11-inci telah berhenti dijual, sebaliknya untuk model 13-inci, pihak Apple sendiri membandingkan ia dengan MacBook Pro versi tanpa Touch Bar yang dilihat lebih kompak dan ringan. Namun, salah satu masalahnya adalah dari segi harga yang mungkin tidak begitu digemari pengguna umum.

Sebagai perbandingan, MacBook Pro 13-inci versi tanpa Touch Bar ditawarkan pada harga bermula RM6299, sementara MacBook Air 13-inci versi asas dijual pada harga bermula RM4199.

Bagi kami sendiri, langkah ini mungkin diambil oleh Apple kerana rekaan MacBook sendiri telah sedia nipis dan ringan, sekaligus menjadikan penggunaan nama “Air” mungkin tidak relevan. Tidak mustahil juga kita melihat penawaran MacBook dalam saiz berbeza, selain MacBook Pro pada masa akan datang.

Buat masa ini, Apple masih menjual komputer riba MacBook Air versi 13-inci melalui Apple Store Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd