Samsung Mepatenkan Sistem Melancarkan Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari

Samsung Mepatenkan Sistem Melancarkan Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Pengimbas cap jari kini menjadi standard majoriti peranti yang dilancarkan pada tahun 2016. Ia boleh digunakan untuk menyulitkan akses kepada peranti dan pada peranti Huawei dan Pixel boleh digunakan untuk menurunkan talam aplikasi. Samsung nampaknya bakal menyertakan beberapa fungsi baru menggunakan pengimbas cap jari pada peranti mereka.

paten-samsung-cap-jari-1Mereka mempatenkan sistem di mana aplikasi dapat dilancarkan dengan menatal pengimbas cap jari. Tatalan ke atas, kiri atau kanan boleh diprogramkan untuk melancarkan tiga aplikasi berbeza. Buat masa ini pengimbas cap jari pada peranti Samsung hanya boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi kamera dan mengaktifkan mod sebelah tangan.


TIPS & ULASAN