Loop – Bingkai Gambar Digital Untuk Media Sosial Dengan Rekaan Klasik

Loop – Bingkai Gambar Digital Untuk Media Sosial Dengan Rekaan Klasik

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Rekaan peranti di pasaran sekarang boleh dikategorikan sebagai generik. Tiada perbezaan yang ketara di antara satu sama lain. Ini sedikit membosankan bagi mereka yang mementingkan variasi. Loop ialah sebuah bingkai gambar digital dengan rekaan seakan-akan sebuah televisyen CRT klasik.

loop-bingkai-gambar-digital-1 Loop dilengkapi skrin 9.7″ HD yang boleh memaparkan gambar dari media sosial popular seperti Facebook dan Instagram. Terdapat dua tombol pada bahagian sisi untuk mengawal “saluran” dan mengubah paparan gambar. Butang saluran ini dipusing untuk memaparkan susur masa gambar dari media sosial berbeza. Untuk melihat gambar berbeza tombol sekunder yang lebih besar diputarkan.

Ini ialah gabungan dunia digital dengan sistem kawalan analog yang kami rasakan unik. Selain gambar ia turut boleh menstrim kandungan YouTube. Kesemuanya dikawal menggunakan aplikasi Android atau iOS. Loop boleh dimiliki pada harga $ 199 (~RM 839) sebuah.


TIPS & ULASAN