Spesifikasi PC Minimum Untuk COD Infinite Warfare Diumumkan
Artikel Berkaitan

Spesifikasi PC Minimum Untuk COD Infinite Warfare Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Call of Duty Infinite Warfare akan menemui peminat 4 November ini. Kepada mereka yang mahukan kualiti visual tertinggi, platform PC menjadi pilihan. Infinite Warfare ialah antara permainan yang menarik perhatian kami ketika di acara E3 pertengahan tahun lalu. Peperangan kini bukan sahaja berlaku di bumi malahan di angkasa lepas dengan kemampuan menerbangkan kapal angkasa.

COD Infinite Modern002

Spesifikasi minimum untuk PC kini diketahui selepas ianya muncul pada laman Steam. Aneh sekali spesifikasi yang disarankan masih belum muncul walaupun tinggal hanya seminggu sebelum pelancaran. Apa yang mengejutkan ialah saiz storan 70 Gigabyte yang diperlukan. Ini pastinya kerana pemilik perlu memasang Infinite Warfare dan COD 4 Modern Warfare Remastered pada waktu yang sama. Adakah PC anda melepasi keperluan minimum yang ditetapkan Activision?

Spesifikasi COD Infinite Warfare
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3-3225 @ 3.30GHz
Pemproses Disarankan Belum Diumumkan
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 660 2GB

AMD Radeon HD 7850 2GB

Kad Grafik Disarankan Belum Diumumkan
RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan Belum Diumumkan
Ruang Pemasangan 70 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 


TIPS & ULASAN