Cari @ Amanz

Pejam celik permainan Pokemon sudah wujud selama 20 tahun. Pelbagai versi telah dihasilkan dengan Pokemon Go menjadi versi paling sensasi sehingga fatwa khas dikeluarkan bagi mengharamkannya. Kepada peminat tegar yang membesar dengan Pikachu dan rakan-rakan, jam tangan edisi khas RJ X Pokémon sempena ulang tahun boleh anda miliki.

rj-x-pokemonIa dihasilkan oleh RJ dan dijual pada harga $ 20000 (~RM 84000) seutas. Kerangka jam diperbuat daripada titanium dengan watak Pikachu diletakkan pada muka jam. Terdapat juga imej renjatan elektrik Pikachu berwarna kuning. Hanya dua puluh utas RJ X Pokémon ini akan dihasilkan. Bagi pengumpul barangan Pokemon, jam tangan ini adalah antara barangan paling unik boleh mereka miliki.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd