Samsung Galaxy S7 Edge Coral Blue Diperlihatkan Secara Rasmi

Samsung Galaxy S7 Edge Coral Blue Diperlihatkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 28, 2016 oleh .

Samsung Galaxy S7 Edge dengan warna coral blue akan dijual di Singapura 5 November hadapan. Warna ini pada asalnya ekslusif kepada peranti Note 7. Ura-ura penawaran warna ini pada S7 Edge mula kedengaran selepas Note 7 ditarik penjualannya dari pasaran. Gambar rasmi S7 Edge berwarna coral blue akhirnya diperlihatkan oleh Samsung.

samsung-s7-edge-coral-blue-1

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan oleh Samsung. Selain Singapura, ia akan turut ditawarkan kepada pengguna di Taiwan pada 1 Novermber hadapan. Harga jualannya di Taiwan ialah NT 24900 (~RM 3390). Ini adala lebih mahal berbanding SGD 1098 (~RM 3295) di Singapura. Tiada maklumat sama ada ia akan turut ditawarkan kepada pengguna di Malaysia buat masa ini.


TIPS & ULASAN