Lazada Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih Redmart – Laman Jualan Barangan Runcit

Lazada Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih Redmart – Laman Jualan Barangan Runcit

Diterbitkan pada Okt 29, 2016 oleh .

Alibaba sebelum ini telah mengatakan mereka akan memfokuskan kepada pasaran Asia Tenggara, dan telah mengambil-alih Lazada dengan mendapatkan pegangan majoriti pada laman jualan popular berkenaan. Kini, selain daripada barangan elektronik dan sebagainya yang dijual melalui Lazada, mereka juga dilihat ingin memfokuskan arena barangan runcit.

RedmartMengikut desas-desus baru, ia dikatakan Lazada sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Redmart yang berpusat di Singapura. Redmart merupakan salah satu laman jualan yang menawarkan barangan runcit – memudahkan pengguna membuat tempahan dan ia dihantar terus ke rumah pengguna.

Buat masa ini, Redmart hanya beroperasi di Singapura sahaja. Sekiranya ia benar diambil-alih oleh Lazada, tidak mustahil untuk kita melihat ia diperluaskan ke negara di rantau Asia Tenggara yang lain.

Sekiranya Lazada mengambil-alinya juga, ia akan terus mengukuhkan kedudukan Lazada dalam arena e-dagang dan memposisikan diri mereka sebagai “Amazon di Asia Tenggara”.

Buat masa ini, Redmart dan Lazada tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN