Jom Belajar Koding Terengganu Akan Diadakan Pada 4 Dan 5 November

Diterbitkan pada Okt 29, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jom Belajar Koding merupakan salah satu acara yang diadakan dalam usaha mengajar bahasa pengaturcaraan asas kepada sesiapa sahaja. Ia diadakan mengikut negeri, dan untuk negeri Terengganu, ia bakal diadakan pada 4 dan 5 November 2016 ini.

Jom Belajar Koding

Melalui Jom Belajar Koding, pengajaran pengaturcaraan akan menyentuh mengenai HTML, CSS dan juga PHP. Ia akan diajar selama dua hari, dan ditawarkan secara percuma.

Bagi anda yang menetap di Terengganu, anda boleh mendaftarkan diri untuk mengikuti Jom Belajar Koding Terengganu hari ini, dan mengikuti kelas berkenaan pada 4 dan 5 November secara percuma.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami