Asus ZenWatch 3 Dijangka Ke Pasaran Malaysia Sekitar Disember 2016

Asus ZenWatch 3 Dijangka Ke Pasaran Malaysia Sekitar Disember 2016

Diterbitkan pada Okt 29, 2016 oleh .

Asus pada tahun ini telah memperkenalkan keluarga telefon pintar Zenfone 3 dan juga Zenbook 3. Tidak ketinggalan adalah jam tangan pintar mereka berasaskan Android Wear terbaru, iaitu ZenWatch 3. Telah diperkenalkan pada bulan Ogos lepas, dan kini kami mendengar ia akan memasuki pasaran tempatan sekitar Disember 2016 kelak.

Asus Zenwatch 3

Asus ZenWatch 3 adalah jam tangan pintar dengan rekaan bulat daripada Asus. Ia menggunakan skrin bersaiz 1.39-inci dan dilengkapi sistem operasi Android Wear – membolehkan ia digunakan bersama peranti Android atau iOS.

Ia turut dijana Snapdragon Wear 2100 dan memori sehingga 512MB RAM. Asus mengatakan baterinya mampu bertahan sekitar 2 hari lamanya, dan pengguna boleh mengecas sehingga 60% dalam masa 15 minit.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi harga jualan rasmi untuk jam tangan pintar ini di Malaysia, dan mungkin akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN