Google Menamatkan Sokongan Perisian Google Drive Untuk Windows XP Dan Vista

Google Menamatkan Sokongan Perisian Google Drive Untuk Windows XP Dan Vista

Diterbitkan pada Okt 29, 2016 oleh .

Google sedia menawarkan perisian desktop Google Drive untuk Mac dan PC, memudahkan para pengguna mengakses dan memuat-naik dokumen dari desktop ke Google Drive. Terkini, Google mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan perisian tersebut untuk Windows XP, Windows Vista dan Windows Server 2003.

Google Drive

Google akan menamatkan sokongan perisian desktop Google Drive untuk sistem operasi ini bermula daripada 1 Januari 2017 kelak.

Bagi pengguna sistem operasi ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa, tetapi ia tidak lagi akan menerima kemaskini dan sokongan – dan tidak mustahil pada suatu hari kelak ia akan berhenti beroperasi.


TIPS & ULASAN