Aplikasi Celcom Untuk Pengguna Pascabayar Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Aplikasi Celcom Untuk Pengguna Pascabayar Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 30, 2016 oleh .

Celcom telah memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka untuk pengguna prabayar Xpax tidak lama sebelum ini, dan telah pun memulakan ujian untuk aplikasi khusus bagi pengguna pascabayar. Berkongsi mengenainya, pihak Celcom mengatakan mereka akan memperkenalkan aplikasi Celcom First untuk Android dan iOS dalam masa sekitar sebulan lagi.

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh menyemak bil semasa, melihat penggunaan, selain mengakses beberapa perkhidmatan lain.

Selain Celcom, sejumlah syarikat telekomunikasi lain turut menyediakan aplikasi mudah-alih mereka, bagi memudahkan para pengguna untuk memantau dan melihat penggunaan semasa mereka. Bagi pengguna Celcom, anda boleh nantikan sekitar sebulan lagi sebelum dapat memuat-turun aplikasi berkenaan.


TIPS & ULASAN