Cari @ Amanz

Pada Facebook, pengguna sedia mempunyai kemudahan untuk berkongsi status berbentuk teks biasa. Tetapi dengan lebih ramai yang berkongsi status melaluinya, tiada kemudahan untuk membuatkan perkongsian anda berbeza dan menarik perhatian ramai.

Facebook Status

Untuknya, kini Facebook dilihat menguji kebolehan berkongsi status yang dilengkapi warna latar ataupun gambar pada latar. Fungsi ini kami lihat sudah terdapat pada aplikasi Facebook di Android, dan diperlihatkan apabila pengguna mula menaip status menggunakan peranti mereka. Pengguna boleh memilih daripada sejumlah warna atau gambar (corak) latar yang disediakan.

Apabila teks berkenaan dikongsikan, ia dipaparkan dengan paparan yang lebih mencuri perhatian berbanding dengan penggunaan teks biasa.

Bagi anda yang mempunyai aplikasi Facebook, boleh mencuba fungsi ini pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd