Cari @ Amanz

Elon Musk ialah Tony Stark dunia sebenar. Hartawan teknologi ini mahu membangunkan teknologi lestari yang bukan sahaja mengurangkan pencemaran tetapi mengurangkan kos kepada pemiliknya. Hujung minggu lalu beliau memperlihatkan Solar Roof yang kelihatan seperti jubin bumbung biasa. Apabila digunakan ia tidak kelihatan seperti panel solar sedia ada yang kelihatan canggung pada rekaan rumah sedia ada.

tesla-solar-roof-2

Terdapat empat rekaan Solar Roof dihasilkan yang menyerupai rekaan jubin bumbung biasa. Menurut Elon Musk, Solar Roof lebih tahan lasak berbanding jubin biasa. Kos pemasangan turut lebih murah dan mudah berbanding meletakkan panel solar konvensional di atas bumbung. Apabila dipadankan dengan power bank Power Wall 2 dengan kapasiti 14 kWh, pemilik tidak perlu bergantung kepada bekalan elektrik dari luar. Setiap Power Wall 2 mampu membekalkan kuasa kepada sebuah rumah empat bilik sepanjang hari.

Tiada maklumat mengenai harga dan berapakah kuasa yang dapat dijanakan oleh Solar Roof buat masa ini. Hanya harga Power Wall 2 diumumkan iaitu $5500 (~RM 24000) sebuah. Sistem tenaga solar Tesla ini mungkin alternatif yang dinantikan pengguna yang bosan dengan tarif elektrik yang meningkat saban tahun.  solar-roof-3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd