Cari @ Amanz

Dron menyelamatkan mangsa lemas sudah dibangunkan di Iran. Ia mampu menurunkan sebuah pelampung kepada insan yang sedang di dalam kecemasan. Tetapi sistem ini masih memerlukan mangsa berenang ke arah pelampung yang dijatuhkan dron. Amphibious Joint Lifeguard ialah konsep dron yang bukan sahaja mampu terbang ke arah mangsa, malah menjadi alam pelampung yang kemudian bergerak ke pantai secara automatik.

dron-penyelamat-lemas-2Konsep ini dihasilkan oleh Sarsenbek Hazken. Dron berkuasa solar ini mempunyai empat kipas bagi penerbangan menegak. Apabila kecemasan dikesan, ia akan terbang ke arah mangsa sebelum berubah menjadi sebuah dron terapung. Mangsa kemudian boleh berbaring di atas tubuh dron sebelum ia bergerak secara automatik ke arah pantai bagi mendapatkan bantuan kecemasan. Selepas usai misi menyelamat ia akan pulang ke tempat simpanan secara automatik untuk mengecas semula bateri.

dron-penyelamat-lemas-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd