Moto Mods Dilancarkan Untuk Memberikan Sokongan Tambahan Pada Moto Z

Moto Mods Dilancarkan Untuk Memberikan Sokongan Tambahan Pada Moto Z

Diterbitkan pada Okt 31, 2016 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran telefon pintar baru Moto Z dan juga Moto Z Play, pihak Lenovo turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sokongan modul tambahan untuk kedua-dua telefon pintar ini yang dinamakan sebagai Moto Mods.

Moto Mods

Moto Mods dihubungkan ke telefon pintar ini melalui sokongan magnetik – menjadikannya lebih mudah berbanding dengan penawaran LG untuk sokongan modularnya.

Terdapat sejumlah modul yang ditawarkan – termasuk antaranya adalah:-

  • JBL SoundBoost Speaker – menawarkan sokongan audio tambahan, berharga RM599.
  • Hasselblad True Zoom Camera – menawarkan sokongan rakaman gambar lebih baik, berharga RM1299.
  • Insta Share Projector – menyertakan kebolehan projektor pada telefon pintar, berharga RM1399.
  • Incipio offGrid Power Pack – menyertakan sokongan kuasa bateri tambahan, berharga RM499.

Bersama-sama dengannya, Lenovo turut menawarkan beberapa pilihan tambahan untuk kerangka belakang bagi Moto Z dan juga Moto Z Play.

Moto Mods


TIPS & ULASAN