Cari @ Amanz

Apple AirPods sepatutnya mula dijual pada penghujung Oktober tetapi ditangguh oleh Apple kerana ia dikatakan masih belum sedia untuk kegunaan meluas. Ini pastinya mengecewakan peminat Apple yang mahukan fon telinga tanpa wayar premium ini. Di Amerika Syarikat ia dijual pada harga $159 (RM 668). Bagaimana pula harga jualannya di Malaysia?

apple-airpods-malaysia

AirPods sudah muncul di laman rasmi Apple Malaysia dengan harga jualan RM 849. Ini bermakna harga jualannya di Malaysia adalah 27% lebih mahal dari di Amerika Syarikat. Buat masa ini ia masih belum boleh dipesan tetapi dengan harga yang telah diketahui, mereka yang berminat sudah boleh menyediakan belanjawan untuk membelinya apabila ia mula dipasarkan di Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd