Elephone S7 – Peranti Yang Mendakwa Ia Kalis Letupan

Elephone S7 – Peranti Yang Mendakwa Ia Kalis Letupan

Diterbitkan pada Okt 31, 2016 oleh .

Epidemik peranti meletup sedang melanda dunia. Ia penyakit yang menyebabkan Galaxy Note 7 dihentikan penjualannya dan telahpun “berjangkit” pada beberapa peranti Apple di Amerika Syarikat. Kerisauan pengguna tentang keselamatan peranti mereka kini meningkat. Bagi mereka yang tidak mahu risau tentang masalah ini, Elephone S7 dihasilkan dengan kemampuan kalis letupan.

elephone-s7-1

Menurut Elephone peranti ini mempunyai teknologi bateri yang diuji penuh keselamatannya. Terdapat membran khas yang menutupi bateri bagi menjadi sistem keselamatan pertama dari letupan. Sistem keselamatan kedua pula ialah kerangka TPU yang menutupi tubuh peranti.

Terdapat dua model Elephone S7 dihasilkan dengan saiz skrin 5.2″ dan 5.7″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio X20, RAM 2/3/4 Gigabyte dan storan 16/32/64 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/2/2 dan kamera selfie 5-Megapixel f/2.4 . Bateri kalis letupannya pula sebesar 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Harga jualan bermula dari $ 139.99 (~RM 587) sebuah.


TIPS & ULASAN