Cari @ Amanz

Apple pada minggu lepas telah memperkenalkan MacBook Pro dengan Touch Bar – sekaligus membawa kepada pelbagai persoalan berkaitan mengapa Apple tidak menyertakan sahaja sokongan skrin sentuh pada komputer riba mereka.

Menjawab mengenainya, Jony Ive melalui sebuah temuramah bersama CNet mengatakan pasukan beliau telah menolak Mac dengan skrin sentuh “beberapa tahun lepas”. Walaubagaimanapun, alasan kukuh untuknya tidak dikongsikan. Ia dikatakan sukar untuk bercakap mengenainya, kerana ia akan turut mendedahkan beberapa perkara yang sedang mereka bangunkan di Apple.

Jony Ive mengatakan mereka telah menguji beberapa rekabentuk berbeza – tetapi setelah menggunakan ia untuk seketika, ia menjadi kurang menarik. Jony Ive turut berkongsi mengatakan Touch Bar adalah permulaan untuk sesuatu yang menarik daripada Apple.

Mengikut desas-desus, Apple dijangka menggunakan papan kekunci berasaskan e-ink pada komputer riba mereka, sekaligus menawarkan kemudahan untuk para pengguna mengubah setiap kekunci mengikut kemudahan penggunaan mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda meminati komputer riba dengan skrin sentuh?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd