Beberapa Pengguna Nexus 6P Melaporkan Masalah Kegagalan Bateri

Beberapa Pengguna Nexus 6P Melaporkan Masalah Kegagalan Bateri

Diterbitkan pada November 1, 2016 oleh .

Nexus 6P ialah peranti terakhir yang menggunakan nama Nexus,. Peranti buatan Huawei ini menerima sambutan menggalakkan dari pengguna kerana rekaan dan kemampuan kamera yang baik. Kini terdapat laporan beberapa pengguna mengalami masalah bateri selepas melakukan kemas kini ke Android 7.0. Peranti akan mati secara tiba-tiba walaupun masih mempunyai bateri. Apabila butang kuasa ditekan ia gagal dihidupkan semula.

Pengguna perlu menyambung peranti kepada pengecas dan hanya selepas itu peranti dapat dihidupkan semula. Terdapat pengguna yang mengatakan masalah selesai selepas melakukan kemas kini ke Android 7.1.1 tetapi sebilangan pengguna mengatakan kemas ini adalah penyebab masalah yang dialami. Pihak Google masih belum memberikan penyelesaian mengenai masalah ini.


TIPS & ULASAN