Cari @ Amanz

Kasut dengan sokongan mengikat tali sendiri telah dinantikan ramai pengguna – terutamanya dari filem Back to the Future. Sebelum ini, pihak Nike telah mempertontonkannya, dan kini Puma dilihat turut mempunyai penawaran mereka tersendiri.

Puma Autodisc

Melalui Engadget, kasut ini dinamakan sebagai Puma Autodisc. Melalui Puma Autodisc, ia membolehkan pengguna mengetatkan kasut mereka bersesuaian dengan kaki menggunakan sebuah butang khusus ataupun melalui aplikasi telefon pintar. Perkara ini mungkin sangat memudahkan bagi sejumlah penggun – sebagai contoh para atlet yang sering menanggalkan dan memakai kasut mereka. Pengguna boleh mengawal tahap mengetatkan kasut pada telefon pintar – dimana tiga tahap berbeza ditawarkan.

Autodisc juga menyertakan motor pada bahagian atas kasut, berbeza dengan Nike yang meletakkannya pada bahagian tapak. Ini memberikan lebih keselesaan kepada para atlet ketika menggunakan kasut Puma ini.

Buat masa ini, ia dikatakan hanya terdapat sekitar 50 kasut Puma Autodisc di dunia, dan kebanyakkannya dimiliki oleh para atlet terkenal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd