Chrome Pada Windows Kini Beroperasi Lebih Pantas Berbanding Sebelumnya

Chrome Pada Windows Kini Beroperasi Lebih Pantas Berbanding Sebelumnya

Diterbitkan pada November 1, 2016 oleh .

Google sering memfokuskan kepada penawaran yang pantas melalui pelbagai produk mereka – termasuk Chrome. Terkini, mereka menawarkan kemaskini Chrome untuk Windows yang menyertakan pembaharuan dan pengoptimasian dalam menjadikan akses permulaan pelayar web berkenaan serta mengakses web lebih pantas.

Melalui perkongsian pembangun pelayar web berkenaan, kini Chrome dikatakan boleh dimulakan dengan 16.8% lebih pantas, selain membuka halaman tab baru dengan hampir 15% pantas.

Kepantasan baru ini dicapai melalui penggunaan teknologi Microsoft Profile Guided Optimization (PGO) yang ditawarkan untuk Windows.

Google mengatakan integrasi PGO ini telah disertakan pada Chrome 53 untuk 64-bit, dan Chrome 54 untuk 32-bit.

Selain daripadanya, Google juga dijangka memperkenalkan sokongan pengoptimasian memori melalui versi Google Chrome yang bakal hadir pada bulan Disember kelak.


TIPS & ULASAN