Sharp M1 Diumumkan – Dengan Fokus Pada Penggunaan Selfie

Sharp M1 Diumumkan – Dengan Fokus Pada Penggunaan Selfie

Diterbitkan pada November 1, 2016 oleh .

Selain dari pengumuman peranti telefon pintar dengan cip pemprosesan yang mempunyai 10-teras iaitu Sharp Z2, Sharp turut mengumumkan satu lagi model iaitu Sharp M1 yang memfokuskan kepada fungsi Selfie.

Memandangkan Sharp M1 memfokuskan penggunaan Selfie, kedua-dua kamera pada bahagian hadapan dan belakangnya dilengkapi dengan kamera 13 MP. Malah kedua-duanya juga dilengkapi dengan rakaman sudut luas, membolehkan rakaman selfie dilakukan dengan rakan-rakan. Badan belakangnya kaca berkilat, dan mempunyai bucu melengkung.

sharp-m1-img_9751 sharp-m1-img_9756

Dari segi cip pemprosesan, ia dilengkapi dengan MediaTek MT 6753 1.3GHz 8-teras dan mempunyai 3GB RAM. Kapasiti storan terbina pada peranti ini pula agak besar, iaitu 64GB dan boleh ditambah menggunakan kad SD Mikro sehingga 64GB. Paparan skrinnya pula bersaiz 5.5-inci 1080p.

Telefon yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 2,600 mAH dan beroperasi menggunakan Android Marshmallow ini akan dijual pada harga RM 899 untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN