Samsung Mempromosikan Galaxy Note 5 Kembali – Kini Dijual Pada Harga RM2199

Samsung Mempromosikan Galaxy Note 5 Kembali – Kini Dijual Pada Harga RM2199

Diterbitkan pada November 1, 2016 oleh .

Lanjutan daripada insiden yang menimpa Galaxy Note 7, pihak Samsung telah menamatkannya, dan dilihat telah mula menarik kembali pengiklanan berkenaan Galaxy Note 7. Kini, untuk memberikan alternatif bagi para pengguna yang meminati peranti Note, Samsung mempromosikan kembali Galaxy Note 5 pada harga RM2199.

Galaxy Note 5

Galaxy Note 5 telah dilancarkan di Malaysia pada 2015 yang lepas, dan ketika pelancarannya, ia dijual pada harga RM2699. Ia menggunakan skrin 5.7-inci, cip Exynos 7420, memori 4GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, dan sokongan S-Pen.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya hari ini, mungkin turut boleh menyemak beberapa penjual lain yang turut menawarkannya pada harga yang mungkin lebih rendah.


TIPS & ULASAN