Instapaper Kini Menawarkan Fungsi Berbayar Secara Percuma Untuk Semua Pengguna

Instapaper Kini Menawarkan Fungsi Berbayar Secara Percuma Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada November 2, 2016 oleh .

Instapaper merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda menyimpan sesuatu laman web, dan membolehkan diakses pada kemudian masa melalui peranti mudah-alih atau komputer. Sebelum ini, perkhidmatan Instapaper telah pun diambil-alih oleh Pinterest.

Instapaper

Walaupun diambil-alih Pinterest, perkhidmatan Instapaper masih beroperasi seperti biasa. Dan terkini, perubahan besar dilakukan dimana pengguna tidak lagi perlu membayar untuk mengakses Instapaper Premium – sebaliknya kini semua pengguna boleh mengakses ia secara percuma.

Kini pengguna turut boleh menikmati fungsi seperti bebas iklan, sokongan teks-ke-suara, nota tanpa had dan sebagainya tanpa perlu membayar. Dan bagi pengguna yang telah membuat langganan, anda akan menerima wang kembali dalam hari-hari akan datang.

Layari – Instapaper


TIPS & ULASAN