Gameroom Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows – Pusat Sehenti Untuk Permainan Dari Facebook

Gameroom Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows – Pusat Sehenti Untuk Permainan Dari Facebook

Diterbitkan pada November 2, 2016 oleh .

Facebook sebelum ini telah mengumumkan Facebook Gameroom, salah satu klien seumpama Steam yang membolehkan para pengguna untuk mengakses permainan berbentuk kasual yang turut hadir dengan integrasi Facebook. Kini, klien berkenaan sudah pun tersedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna Windows 7 dan terkini.

Facebook Gameroom

Facebook Gameroom

Melalui platform Facebook Gameroom ini, pengguna boleh mengakses pelbagai permainan pada PC mereka dengan mudah. Pelbagai genre permainan ditawarkan melalui Facebook Gameroom ini, termasuk tembak-menembak, strategi dan permainan kasual lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Facebook Gameroom dan memainkannya terus pada desktop tanpa perlu memasuki laman Facebook.

Muat-Turun Facebook Gameroom


TIPS & ULASAN