Facebook Dilaporkan Sedang Melihat Ke Arena E-Sukan Dengan Lebih Serius

Facebook Dilaporkan Sedang Melihat Ke Arena E-Sukan Dengan Lebih Serius

Diterbitkan pada November 2, 2016 oleh .

Facebook sebelum ini telah bekerjasama dengan Activision Blizzard dalam memudahkan proses penstriman permainan ke Facebook. Kini, gergasi laman sosial berkenaan dilihat ingin menambah lebih rakan kerjasama memfokuskan e-suka untuk turut menyertai platform mereka.

Menurut laporan terbaru, Facebook dikatakan sedang dalam perbincangan bersama Super Evil Megacorp, pembangun disebalik Vainglory dalam strim perlawanan utama dan pertandingan di platform Facebook.

Selain Super Evil Megacorp, Facebook turut dikatakan sedang dalam perbincangan bersama-sama pelbagai penerbit permainan popular yang lain.

Ini sekaligus akan menjadikan Facebook menjadi salah satu pilihan utama bagi para peminat permainan video dan e-sukan untuk tuju, berbanding dengan Twitch atau YouTube Gaming.

Sejak pelancaran Facebook Live sebelum ini, ramai yang telah mula menggunakan teknologi berkenaan dengan lebih aktif, termasuk penerbit berita, pengguna perseorangan termasuk peminat permainan.

Selain penstriman untuk permainan utama, Facebook juga turut mempunyai penawaran Gameroom untuk permainan yang berbentuk kasual.


TIPS & ULASAN