Uber Mengemaskini Antaramuka Aplikasi Dalam Memudahkan Pengguna

Uber Mengemaskini Antaramuka Aplikasi Dalam Memudahkan Pengguna

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Uber hari ini buat pertama kalinya membawakan perubahan antaramuka besar pada aplikasi mereka sejak telah diperkenalkan pada 2012 yang lepas. Melalui perubahan baru ini, Uber turut mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin dalam lebih memudahkan pengguna membuat tempahan kenderaan ke destinasi.

Uber

Aplikasi Uber baru ini akan mempelajari daripada penggunaan harian anda, dan ia akan menyediakan pautan pantas dalam meneka anda hendak tuju ke mana. Anda juga kelak boleh mengintegrasikan kalendar ke Uber, sekaligus memudahkan lagi anda memilih lokasi yang dituju menggunakan aplikasi Uber.

Sebaik sahaja memilih lokasi, kemudian kini pengguna boleh memilih jenis pemanduan yang diinginkan. Ia akan turut memaparkan harga jangkaan untuk perjalanan berkenaan, sekaligus memudahkan lagi anda membuat keputusan.

Disamping itu, ketika dalam perjalanan, anda turut boleh membuka aplikasi Uber ini dan melihat kandungan tambahan daripada beberapa aplikasi lain seperti Yelp, FourSquare dan sebagainya.

Uber akan memperkenalkan kemaskini aplikasi baru ini secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN