Xiaomi Akan Memperkenalkan Redmi 4 Pada 4 November 2016

Xiaomi Akan Memperkenalkan Redmi 4 Pada 4 November 2016

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Mi Note 2 dan juga Mi Mix secara rasminya pada minggu lepas. Kini, pada minggu ini, mereka mempunyai satu lagi peranti baru untuk diperkenalkan yang hadir daripada keluarga Redmi.

Xiaomi Redmi 4Redmi adalah keluarga peranti berspesifikasi rendah-pertengahan daripada Xiaomi. Pada 4 November 2016 ini, Xiaomi menjadualkan acara khas untuk memperkenalkan Redmi 4.

Melalui gambar teaser yang dikongsikan Xiaomi, ia seperti memberikan petanda Redmi 4 kelak akan membawakan binaan kerangka berasaskan logam.

Mengikut desas-desus, Redmi 4 dijangka menawarkan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori sehingga 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran Xiaomi ini, dan sekiranya mereka mempunyai kejutan tambahan pada acara rasmi yang akan diadakan esok – 4 November 2016.


TIPS & ULASAN