Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Microsoft telah memperkenalkan Surface Studio dan juga kaedah interaksi baru melalui Surface Dial. Kedua-duanya telah mencuri perhatian para peminat teknologi dan telah menjadi bahan bualan hangat pada minggu lepas.

Lanjutan daripadanya, ia dilihat rakan kerjasama Microsoft lain turut bakal hadir dengan sebuah penawaran yang lebih kurang sama dalam masa terdekat. Paling terkini, Dell dilihat memperlihatkan secara kasar penawaran seumpama Surface Studio dan Surface Dial mereka ketika acara Adobe Max.

Daripada apa yang dipertontonkan, Dell memperlihatkan penggunaan dua skrin – termasuk satu untuk melakar, selain penggunaan sebuah peranti bulat seperti Surface Dial dalam memudahkan proses lakaran tersebut.

Buat masa ini, Dell masih belum berkongsi maklumat penuh berkaitan peranti ini, dan mungkin akan lakukannya dalam masa terdekat ini.

Dell Surface Studio

Dell Surface Studio

Dell Surface Studio

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd