Android kini memegang 88% pasaran peranti dunia. Setiap tahun angka ini terus meningkat dan tiada tanda akan menurun buat masa ini. Menurut Strategy Analytics, sebanyak 87.5% peranti pintar yang terjual pada suku ke-tiga 2016 menggunakan sistem operasi Android. Ini adalah peningkatan sebanyak 10.3% berbanding suku yang sama tahun lalu.
Pada waktu yang sama iOS menunjukkan pengurangan sebanyak 5.2% berbanding suku yang sama tahun lalu. Peningkatan penggunaan Android ini turut memberikan kesan kepada sistem operasi lain yang menunjukkan penurunan drastik 84.1%. Kepada Google ini pastinya berita baik dengan hampir setiap sembilan dan sepuluh peranti terjual menggunakan sistem operasi mereka. Kami hanya berharap mereka kekal dengan moto “jangan jadi jahat”.