Nexus 6P dan 5X Mungkin Menerima Fungsi Menatal Menggunakan Pengimbas Cap Jari Seperti Pixel

Nexus 6P dan 5X Mungkin Menerima Fungsi Menatal Menggunakan Pengimbas Cap Jari Seperti Pixel

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Google Pixel dan Pixel XL mempunyai fungsi khas yang membolehkan pengguna menurunkan talam notifkasi dengan menggunakan pengimbas cap jari. Fungsi ini sama seperti yang dilihat pada peranti Huawei yang menggunakan EMUI. Terkini Google dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberikan fungsi yang sama kepada Nexus 6P dan 5X dengan kemas kini firmware.

Talam notifikasi pengimbas jari 1Nexus 6P dan 5X menggunakan sensor pengimbas cap jari yang sama seperti Pixel. Fungsi tatalan talam notifikasi pada kedua-dua peranti lama ini tidak diaktifkan kerana masih menggunakan firmware versi lama. Diharap Google akan memberikan kemas kini ini kerana pengguna Nexus sudahpun terasa seperti dianak tirikan kerana tidak diberikan Pixel Launcher dan Google Assistant walalupun selepas kemaskini Android 7.1.


TIPS & ULASAN