Netflix Memulakan Penawaran Kandungan Tempatan Bermula Tahun Hadapan

Netflix Memulakan Penawaran Kandungan Tempatan Bermula Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Perbezaan paling ketara di antara perkhidmatan penstriman video atas talian iFlix dan Netflix ialah kandungan tempatan. Buat masa ini iFlix jelas memberikan kandungan tempatan yang lebih baik berbanding Netflix. Bermula tahun hadapan situasi bakal berubah.

netflix-malaysia

Netflix akan menawarkan kandungan tempatan dari Double Vision bermula Januari. Antara yang ditawarkan ialah siri sitkom Kopitiam, Show Me The Money, Moving On, The Iron Lady dan Summer Brothers. Ini merupakan langkah pertama Netflix untuk memberikan lebih banyak variasi kepada pelanggan sedia ada. Menarik sekali kandungan ini akan ditawarkan kepada semua 86 Juta pelanggan mereka di seluruh dunia.

Pada waktu yang sama Netflix mengesahkan mereka tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pengeluar kandungan lain di Malaysia bergantung kepada kesesuaian program. Bagi yang menantikan sari kata berbahasa Malaysia, sekali lagi mereka tidak menolak kemungkinan menyokongnya di masa hadapan namun tiada tarikh muktamad bilakah ia akan ditawarkan buat masa ini

Artikel iFlix VS Netflix – Yang Manakah Harus Anda Langgani?


TIPS & ULASAN