Lebih 1 Billion Pengguna Kini Melayari Facebook Setiap Hari Menerusi Peranti Pintar

Lebih 1 Billion Pengguna Kini Melayari Facebook Setiap Hari Menerusi Peranti Pintar

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Kita hidup di dunia pasca PC di mana lebih banyak pengguna memiliki peranti pintar berbanding komputer. Facebook mengumumkan laporkan kewangan dan statistik pengguna untuk suku ke-tiga mereka semalam. Sebanyak 1.08 Billion pengguna kini melayari laman mereka setiap hari melalui peranti pintar. Ini ialah kali pertama angka 1 Billion sehari melalui peranti pintar ini dapat dilepasi.

FacebookIni ialah peningkatan sebanyak 22% berbanding suku yang sama tahun lalu. Jumlah pengguna bulanan kini mencecah 1.79 Billion dan adalah peningkatan sebanyak 16% berbanding suku yang sama tahun lalu. Facebook turut mengumumkan keuntungan sebanyak $ 2.379 Billion dan ini bersamaan dengan peningkatan sebanyak 166% berbanding suku yang sama tahun lalu. Setiap satu daripada empat penuduk muka bumi kini melayari Facebook secara aktif setiap bulan.

Platform “percuma” ini mencatatkan keuntungan yang amat tinggi. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah tergolong di dalam kategori pengguna yang melayari laman menggunakan peranti pintar setiap hari?


TIPS & ULASAN