Adobe Ingin Memudahkan Anda Membuat Grafik 3D Melalui Project Felix

Adobe Ingin Memudahkan Anda Membuat Grafik 3D Melalui Project Felix

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Pada hari ini, jikalau anda seorang perekabentuk grafik, salah satu perkara yang mungkin sedikit menyukarkan adalah integrasi grafik 2D dan juga 3D. Dalam proses memudahkannya, kini pihak Adobe turut mengumumkan sebuah perisian baru yang dikenali dengan nama Project Felix.

Adobe Felix

Melalui Project Felix, ia memudahkan pengguna membuat aset 3D menggunakannya, dan seterusnya mengintegrasikan ia pada grafik 2D atau membuat penyuntingan lanjut terus pada Photoshop.

Daripada demo yang diperlihatkan, pengguna hanya perlu membuat grafik mereka, dan kemudian menambah aset seperti kaca, kayu, air, dan sebagainya dengan membuat pilihan mudah – dan seterusnya ia akan diperlihatkan terus pada imej yang sedang disunting oleh pengguna.

Adobe juga ingin memudahkan proses membuat model 3D melalui Project Felix ini.

Project Felix akan ditawarkan dalam bentuk beta untuk para pelanggan Creative Cloud tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN