Huawei Mengumumkan Kerjasama Dengan Porsche Design – Memperkenalkan Mate 9 Porsche Design

Huawei Mengumumkan Kerjasama Dengan Porsche Design – Memperkenalkan Mate 9 Porsche Design

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Jenama Porsche Design mungkin sinonim dengan peminat jenama BlackBerry. Tetapi hari ini Huawei membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama bersama Porsche Design, dan hadir dengan Mate 9 Porsche Design.

Huawei Mate 9 Porsche Design

Huawei Mate 9 Porsche Design ini hadir dengan rekaan skrin melengkung tepi pada kiri dan kanan. Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dan menawarkan resolusi 2K. Melengkapkan peranti ini adalah memori sehingga 6GB RAM dan storan 256GB.

Peranti ini turut menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, dan dilengkapi kamera berkembar berjenama Leica. Selain daripada ini, Huawei Mate 9 Porsche Design turut menggunakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Mate 9 – termasuk penggunaan Kirin 960, sokongan pengecasan pantas dan sebagainya.

Huawei Mate 9 Porsche

Dengan penggunaan jenama Porsche Design, semestinya ramai yang sedia menjangka harga jualan peranti ini adalah agak mahal. Di Eropah, Huawei Mate 9 Porsche Design berharga 1395 Euro, iaitu sekitar RM6464. Harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN