Mendekati PixelMaster 3.0 – Teknologi Pengimejan Pada ASUS ZenFone 3

Mendekati PixelMaster 3.0 – Teknologi Pengimejan Pada ASUS ZenFone 3

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

ASUS pada awal tahun ini telah mengemaskini generasi ZenFone baru mereka menerusi ZenFone 3 dengan penawaran spesifikasi, rekaan, teknologi kamera yang diperbaharui. Ia membawakan penggunaan cip Snapdragon sepenuhnya untuk tiga variasi utama ZenFone 3 ini — menerusi ZenFone 3, ZenFone 3 Ultra, dan ZenFone 3 Deluxe — bagi menggantikan cip Intel sebelum ini.

Untuk versi standard ZenFone 3 dengan nama model ZE552KL, ia kini menawarkan rekaan serba baru, dengan kehadiran binaan hadapan dan belakang yang dijana dengan kaca 2.5D. Dengan penaiktarafan dari segi rekaan dan spesifikasi, ASUS dilihat komited dalam membawa ZenFone 3 sebagai peranti yang menarik tidak kira dari luar mahupun dalam.

Zenfone 320160809_134918-007

Satu perkara yang turut menjadi fokus kepada ZenFone 3 adalah dari segi teknologi pengimejan yang kini dikuasakan dengan teknologi PixelMaster 3.0. ASUS ZenFone 3 (ZE552KL) didatangkan dengan kamera 16MP f/2.0 bersama sensor Sony IMX298 — iaitu sensor yang sama digunakan pada LG V20. Sebagai memberi perlindungan kepada sensor 16MP pada ZenFone 3, ia dilindungi dengan kaca sapphire bagi mengurangkan kesan calar pada bahagian kamera di belakang peranti ini.

Zenfone 320160809_134527-004

Peranti generasi ketiga daripada ASUS ini turut hadir dengan teknologi TriTech autofocus — hasil gabungan teknologi laser, phase detection, dan continuous autofocus — dengan kelajuan sepantas 0.03 saat sahaja untuk mengunci fokus pada sesuatu objek. Sistem pemfokusan dengan kelajuan 10 kali ganda lebih pantas daripada kedipan mata manusia ini mampu merakamkan gambar dengan fokus yang amat baik tidak kira situasi — sama ada pada waktu siang mahupun malam.

zenfone-3-sample-p_20161103_193541_ll

ASUS juga menampilkan Optical Image Stabilization (OIS) iaitu teknologi pemfokusan berasaskan keupayaan hardware yang terbina pada optik kamera ZenFone 3 ini. Ia mampu mengurangkan gegaran dengan minima, tidak kira ketika mengambil gambar mahupun ketika merakam video. Tidak cukup dengan itu, ASUS turut menawarkan Electronic Image Stabilization (EIS) untuk pemfokusan berasaskan keupayaan software bagi meningkatkan lagi kestabilan imej dan video yang diambil.

zenfone-3-sample-p_20161031_155256_hdr

zenfone-3-sample-p_20161103_175816_hdr

zenfone-3-sample-p_20161103_182618_hdr

zenfone-3-sample-p_20161103_193741_ll

zenfone-3-sample-p_20161103_194232_hdr

ASUS dilihat membawakan beberapa fungsi menarik seperti kawalan manual dengan tetapan ISO serendah 50 hingga 3200 bersama tetapan shutter speed sehingga 32 saat. Ia juga dilengkapi dengan fungsi HDR Pro dengan paparan HDR secara langsung bagi memudahkan anda memperlihatkan kesan HDR pada viewfinder sebelum gambar diambil. Ia juga membawakan fungsi Super Resolution — dengan penghasilkan gambar 64MP untuk memberi keperincian imej yang lebih tajam.

zenfone-3-sample-p_20161103_202532

ASUS juga turut memfokuskan kepada penggambaran malam dengan kehadiran fungsi Low Light dan Night Mode untuk membantu anda mendapatkan imej yang baik pada situasi kurang cahaya. Sekiranya anda mahukan lebih kawalan untuk penggambaran malam, kawalan manual dengan tetapan ISO dan shutter speed yang boleh diubah mampu memenuhi keperluan fotografi anda.

zenfone-3-sample-p_20161103_193223_ll

zenfone-3-sample-p_20161103_194212_hdr

Beberapa fungsi ekstra yang dilihat menarik adalah kehadiran fungsi Depth of Field yang membolehkan anda mendapatkan gambar dengan efek blur di bahagian belakang objek. Aplikasi kamera peranti ini turut menawarkan fungsi Smart Remove untuk memudahkan anda mengurangkan jumlah orang ramai pada gambar terutama di lokasi tumpuan manusia.

zenfone-3-sample-p_20161103_180301_df

zenfone-3-sample-p_20161103_180023_hdr

Satu perkara yang dilihat menarik pada ASUS ZenFone 3 adalah kehadiran Children Mode bagi memudahkan anda mengambil gambar anak-anak anda. Melalui fungsi ini, ia akan menyediakan beberapa bunyi menarik seperti haiwan dan kenderaan bagi menarik perhatian bayi ke arah kamera.

Zenfone 320160809_134456-002

Kesemua ini ditawarkan pada tiga variasi utama ASUS ZenFone 3 yang dilihat dapat meningkatkan lagi kualiti imej melalui keupayaan PixelMaster 3.0. ASUS ZenFone 3 standard iaitu ZE552KL telah ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1699 manakala ASUS ZenFone 3 Ultra telah mula dijual dengan harga RM2599. Bagi yang ingin mendapatkan ZenFone 3 dengan spesifikasi tinggi, ASUS telah menawarkan ASUS ZenFone 3 Deluxe dengan cip Snapdragon 820 juga pada harga bermula RM2599.

Penafian: Advertorial dari ASUS Malaysia


TIPS & ULASAN