Huawei Mate 9 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Penghujung Bulan November Ini

Huawei Mate 9 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Penghujung Bulan November Ini

Diterbitkan pada November 3, 2016 oleh .

Huawei ketika pengenalan Huawei Mate 9 hari ini, mereka telah mengatakan yang mana Malaysia merupakan antara negara fasa pertama yang akan menerima peranti berkenaan. Berkongsi lanjut, wakil Huawei Malaysia mengatakan ia bakal hadir ke pasaran tempatan pada penghujung November 2016 ini.

Huawei Mate 9

Huawei Mate 9 merupakan telefon pintar dibawah kategori phablet daripada Huawei, hadir dengan skrin 5.9-inci, dilengkapi cip Kirin 960, memori 4GB RAM, dan kamera belakang berteknologi Leica. Pihak Huawei Malaysia tidak berkongsi mengenai harga jualan tempatannya buat masa ini, tetapi mengatakan ia akan kurang daripada RM3000 – berbeza dengan tukaran mata wang daripada harga jualan di Eropah.

Selain Huawei Mate 9, pihak Huawei turut akan memasarkan Mate 9 Porsche Design untuk pasaran tempatan – namun tarikh jualannya masih belum dipastikan buat masa ini. Mate 9 Porsche Design juga akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.


TIPS & ULASAN