Cari @ Amanz

EMUI 5.0 hadir dengan berasaskan kepada Android 7.0 Nougat – yang mana sedia menyertakan sejumlah fungsi menarik baru. Menambah kepadanya lagi, Huawei turut menambah beberapa perkara, termasuk salah satunya adalah Twin App.

EMUI 5.0

Melalui Twin App, ia membolehkan para pengguna membuat pendua untuk sesuatu aplikasi, dan seterusnya log masuk dengan akaun berbeza. Perkara ini semestinya amat diminati ramai – terutamanya yang ingin menggunakan dua akaun WhatsApp pada peranti yang sama, apatah lagi dengan Mate 9 sendiri hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Selain WhatsApp, pengguna turut boleh membuat salinan pendua untuk beberapa aplikasi lain – termasuk Facebook, WeChat dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd