Cari @ Amanz

Gameloft kini telah pun menerbitkan permainan lumba kereta terbaru dibawah jenama Asphalt, iaitu Asphalt Xtreme. Seperti sebelum ini, ia ditawarkan untuk platform operasi mudah-alih utama, iaitu Android, iOS dan juga Windows.

Asphalt Xtreme

Melalui Asphalt Xtreme, permainan lumba kereta popular ini membawa bentuk perlumbaan diluar litar – iaitu meliputi jalan berpasir, dan sebagainya. Sejumlah tujuh kategori kenderaan turut disediakan yang meliputi SUV, trak dan sebagainya.

Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Asphalt Xtreme ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd