Carian
Samsung W2017 Dilancarkan Secara Rasmi – Peranti Android Boleh Lipat Berkuasa Tinggi
November 4, 2016 Effi Saharudin

Rekaannya telah lama tertiris dan seperti model tahun lalu Samsung W2017 ialah sebuah peranti boleh lipat dengan spesifikasi yang tinggi. Ia sebenarnya adalah sebuah Galaxy S7 dengan kerangka boleh lipat. Samsung W2017 dilengkapi dua skrin 4.2″ SAMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

samsung-w2017-1

Kemampuan kamera ialah kamera utama 12-Megapixel f/1.9 OIS dengan kemampuan merakam pada resolusi 4K. Kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel f/1.9. Bateri sebesar 2300 mAh disertakan sebagai sumber kuasa. Buat masa ini Samsung W2017 hanya diumumkan untuk pasaran China. Harga jualan belum diumumkan tetapi ura-ura mengatakan harga bermula RMB 20000 (~RM 12400) sebuah. Harga yang amat tidak mampu milik sedangkan tahun lalu Samsung W2016 dijual pada harga RMB 9999 (~RM 6201).

Komen