Adobe Photoshop Fix Dan Photoshop Sketch Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android

Adobe Photoshop Fix Dan Photoshop Sketch Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android

Diterbitkan pada November 4, 2016 oleh .

Peranti pintar di dalam telapak tangan anda kini lebih berkuasa berbanding sebuah PC dari enam tahun yang lalu. Tidak mengejutkan terdapat banyak aplikasi yang dahulunya boleh membuatkan PC merangkak kini muncul pada peranti pintar tanpa masalah. Terkini Adobe melancarkan Adobe Photoshop FIx dan Photoshop Sketch pada platform Android.

adobe-photoshop-fix-1

Photoshop Fix membolehkan pengguna melakukan suntingan ke atas gambar yang diambil menggunakan peranti mereka. Terdapat sistem klon dan membuang elemen yang tidak diingini secara content aware fill. Ini adalah fungsi yang wujud pada Photoshop desktop sahaja sebelum ini. Sistem Liquify turut disertakan bagi membolehkan wajah dibentuk semula. Photoshop Fix menyokong penggunaan lapisan dan fail disimpan di dalam format PSD yang disimpan secara awanan menggunakan akaun Adobe Creative Cloud.

adobe-photoshop-sketch-1Photoshop Sketch pula membolehkan lakaran dilakukan terus dari skrin peranti. Terdapat 11 fungsi disertakan bagi penghasilan karya kreatif ketika berjauhan dari studio. Fail yang dihasilkan boleh disimpan dalam bentuk PSD dan kemudian disunting menggunakan Photoshop atau Illustrator CC. Kedua-dua aplikasi boleh dimuat turun secara percuma.

Muat turun Adobe Photoshop Fix dari Google Play

Muat turun Adobe Photoshop Sketch dari Google Play

 

 


TIPS & ULASAN