(Konsep) Sekiranya Apple Magic Keyboard Hadir Dengan Touch Bar

(Konsep) Sekiranya Apple Magic Keyboard Hadir Dengan Touch Bar

Diterbitkan pada November 4, 2016 oleh .

Macbook 2015 menyediakan pengguna 2016 untuk komputer riba yang hanya dilengkapi USB-C. MacBoook Pro yang baru dilancarkan baru-baru ini pula mungkin akan menyediakan pengguna kepada papan kekunci dengan Touch Bar terbina. Kepada pengguna Apple Magic Keyboard yang mahukan fungsi ini disertakan di bawah ialah visualisasi 3D yang dihasilkan oleh pengguna Reddit Hazza42.

magic-keyboard-touch-bar-1

Warna putih Magic Keyboard kini berubah kepada hitam dan kelabu seperti papan kekunci pada Macbook Pro baru. Touch Bar OLED diletakkan pada bahagian atas dengan kekunci numerik disertakan tidak seperti papan kekunci sedia ada. Dengan saiz yang lebih besar ini bateri yang turut lebih besar dapat disertakan bagi memastikan ia bertahan lebih lama tanpa perlu sambungan wayar menerusi port USB-C. Bagaimana? Adakah rekaan konsep ini menarik pada pendapat anda?

magic-keyboard-touch-bar-2

 


TIPS & ULASAN