Sokongan Perkhidmatan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di New Zealand Dihentikan Bermula 18 November

Sokongan Perkhidmatan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di New Zealand Dihentikan Bermula 18 November

Diterbitkan pada November 4, 2016 oleh .

Tidak banyak peranti di pasaran mempunyai skrin yang besar dengan stylus terbina. Oleh itu tidak mengejutkan masih ramai pemilik Samsung Galaxy Note 7 enggan memulangkan semula peranti mereka walaupun ditawarkan peranti gantian. Di Eropah terdapat laporan mengatakan hanya 57% pemilik memulangkan phablet yang mempunyai masalah letupan setakat ini. Bagi memaksa pengguna memulangkannya di New Zealand, sokongan selular akan dihentikan bermula 18 November ini.

Notis berkenaan penghentian sokongan selular ini dimuat naik Samsung New Zealand semalam. Selepas tarikh tersebut peranti tidak akan mampu menerima sebarang panggilan, mesej atau sambungan internet secara selular. Dengan tindakan drastik ini Samsung berharap kesemua Note 7 yang masih digunakan akan terpaksa juga dipulangkan oleh pemilik yang degil.


TIPS & ULASAN