(Ura-Ura) OnePlus 3T Mungkin Dilancarkan 14 November Hadapan

(Ura-Ura) OnePlus 3T Mungkin Dilancarkan 14 November Hadapan

Diterbitkan pada November 4, 2016 oleh .

OnePlus hanya menghasilkan sejumlah kecil peranti setiap tahun. Tahun ini mereka dilaporkan akan melancarkan model baru dengan nama OnePlus 3T. Peranti ini dikhabarkan akan dilancarkan pada 14 November hadapan di London. Setakat ini beberapa maklumat mengenai spesifikasi telah tertiris.

OnePlus 3T akan mengekalkan skrin 5.6″ tetapi menggunakan IPS LCD dengan resolusi QHD. Pemproses dinaiktaraf ke Snapdragon 821, RAM masih lagi 6 Gigabyte dan storan 64/128 Gigabyte. Kapasiti bateri juga dipertingkatkan ke 3300 mAH. Penukaran ke skrin IPS LCD mungkin dilakukan selepas berlaku masalah kekurangan stok skrin AMOLED menyebabkan OnePlus 3 mengalami masalah kelewatan diterima oleh pengguna.


TIPS & ULASAN