Cari @ Amanz

Hartawan terkemuka dan pengasas Ali Baba Jack Ma kini disahkan sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia. Pelantikan beliau disahkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika melancarkan astaka Alitrip Pelancongan Malaysia di China World Hotel sebentar tadi.

jack-maPelantikan beliau diharap dapat memberikan suntikan kepada e-ekonomi negara sekaligus menjadi mangkin kepada pembangunan industri e-dagang Malaysia. Beliau akan bertanggungjawab memberikan pendapat mengenai hala tuju ekonomi digital negara untuk masa mengharungi cabaran masa hadapan. Beliau turut disahkan akan hadir ke Forum Transformasi Global Malaysia bagi melancarkan Digital Free Zone negara pada Mac 2017.

Tahniah atas pelantikan beliau. Semoga idea pembangunan e-ekonomi ini akan dipandang lebih serius berbanding MSC yang kini seakan-akan dilupakan selepas dilancarkan dengan kehadiran Bill Gates suatu ketika dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd