Opera merupakan antara pelayar web yang hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baru. Terkini, pada pelayar web Opera 42 versi Beta, mereka menyertakan satu lagi ciri menarik, iaitu integrasi fungsi tukaran mata wang asing.
Sebelum ini, ketika melayari web, sekiranya anda ingin membuat tukaran mata wang asing kepada mata wang tempatan, anda perlu lakukannya melalui laman web khusus ataupun melalui Google. Kini, melalui Opera, ia hadir terbina, dan pengguna hanya perlu memilih teks harga berkenaan.
Pengguna boleh memilih dan membuat tetapan mata wang kegemaran mereka di halaman tetapan Opera.
Buat masa ini, ia pada peringkat beta lagi, dan mungkin akan hadir pada pelayar web stabil Opera dalam tempoh sekitar 6 minggu lagi.