Cari @ Amanz

Microsoft tidak akan melancarkan peranti menggunakan sistem operasi Windows 10 Mobile tahun ini kerana ingin menumpukan perhatian kepada penghasilan komputer riba dan desktop. Dengan Surface Studio dan Dial, kita dapat melihat keseriusan mereka. Harus diakui Surface Studio ialah AIO dengan rekaan yang amat berinovasi dan menarik perhatian. Surface Phone dijangka dilancarkan tahun hadapan dan selain Microsoft, beberapa pengeluar komputer turut melihat ke arena sama.

microsoft-surface-phone-render-1

Terkini, sebuah gambar baru tertiris, memperlihatkan rekaan peranti Windows Phone dengan menggunakan cip Intel.Seperti biasa sumber ketirisan adalah dari @evleaks yang boleh dipercayai.

microsoft-surface-phone-render-2

Siapakah pengeluar peranti ini masih tidak diketahui. Terdapat laporan mengatakan ia berkemungkinan adalah dikeluarkan oleh Dell – namun, mungkin tidak akan dipasarkan.

Dikemaskini 6/11 dengan info berkenaan dari Dell.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd